‘Tiga jenis mimpi yang tidak boleh dikongsi kepada sesiapa’ – Ustaz Elyas Ismail

‘Tiga jenis mimpi yang tidak boleh dikongsi kepada sesiapa’ – Ustaz Elyas Ismail

 

Pendakwah dan penceramah televisyen tanah air, Ustaz Elyas Ismail memuatnaik video di Instagram nya mengenai jenis-jenis mimpi yang tidak sesuai untuk dikongsikan kepada umum.

Tiga Jenis Mimpi Tak Boleh Cerita Pada Orang

Menerusi pencerahan yang dikongsikan oleh ustaz Elyas, terdapat tiga jenis mimpi yang tidak patut diceritakan kepada sesiapa melainkan kepada dua jenis orang iaitu orang alim atau pun orang yang memberi nasihat.

“Kata Nabi SAW : “Jangan kamu cerita mimpi pada orang kecuali pada dua jenis orang. Pertama sekali pada orang yang alim atau pun memberi nasihat yang ikhlas.

Khususnya ada tiga jenis mimpi, jangan cerita dekat orang. Pertama sekali mimpi yang melibatkan kematian, apa jua bentuk kemalangan, kecelakaan yang berlaku pada kita atau pun kepada keluarga. Jangan cerita kat orang.

Yang keduanya adalah mimpi-mimpi yang pelik-pelik, yang mungkin melibatkan nyawa, mungkin melibatkan kerosakan harta benda. Jangan cerita pada orang.

Dan yang ketiganya mimpi yang mungkin ianya ada mesej yang mungkin boleh merosakkan akidah. Lagilah jangan cerita pada orang.

Habis tu apa nak buat. Seeloknya kita minta berlindung kepada Allah S.W.T, ta’awwuz dan minta supaya Allah Taala jauhkan kita dari sebarang bentuk kemudaratan.” Jelasnya

Jika selepas ini ada yang alami mimpi-mimpi seperti yang dinyatakan oleh ustaz Elyas, teruslah berdoa kepada Allah S.W.T dan minta dijauhkan dari sebarang kemudaratan.