Tiga jenis beg Birkin paling mahal di dunia, salah satunya milik isteri bekas PM Malaysia?

Tiga jenis beg Birkin paling mahal di dunia, salah satunya milik isteri bekas PM Malaysia?

 

Bagi sesetengah orang, beg tangan merupakan bukan hanya sekadar aksesori semata-mata, namun mereka menjadikan beg tangan yang dibeli dijadikan aset pelaburan bagi mengekalkan kekayaan mereka.

Terdapat beberapa jenis beg Birkin yang paling mahal dan agak sukar untuk dimiliki oleh orang kaya sekalipun.

Mungkin salah satu dari tiga beg tangan Birkin ini adalah milik kepada isteri bekas Perdana Menteri Malaysia? Jom kita lihat.

1. Hermes Birkin Beg dari Ginza Tanaka berharga RM5.5 Juta

Beg Hermes Birkin ini direka oleh pereka yang berasal dari Jepun iaitu Ginza Tanaka, beg tangan ini adalah yang termahal di dunia dengan harganya mencecah RM5.53 Juta.

Beg tangan ini diperbuat daripada platinum dan dihiasi keindahan dengan 2,000 butir berlian pada bahagian luaran bersama batu 8 karat di bahagian tengah beg yang boleh ditanggalkan untuk dijakikan keronsang.

Tali beg berkenaan boleh ditanggalkan untuk dijadikan rantai leher! Menarik bukan?

2. Niloticus Crocodile Himalaya Birkin berharga RM1.5 Juta

Beg Birkin Himalayan ini adalah sangat berkualiti kerana beberapa sebab. Beg ini bukan sahaja diperbuat daripada kulit buaya Niloticus, malah ianya mengambil masa yang sangat lama dalam mewarnakannya.

Beg tangan ini direka bagi membangkitkan imej Gunung Himalaya yang tersangat megah. Di mana warnanya terdiri daripada warna coklat gunung tersebut dan warna putih daripada puncak awan salji. Semakin halus warnanya semakin sukar beg ini untuk dihasilkan.

3. Fuchsia Diamond Studded Hermes Birkin Berharga RM877 Ribu

Jenis beg Hermes Birkin yang ini adalah antara beg yang bersaing sesama sendiri apabila dapat memecahkan rekodnya sendiri apabila ianya merupakan antara beg yang termahal dapat dijual.

Beg Hermes Birkin ini berwarna Fuchsia dan ianya akan berkilau disebabkan berlian-berlian putih dan emas 18 karat.

Pada 2015, beg ini dilelong di Hong Kong dengan harga RM877 Ribu dan sekaligus menjadikannya beg Hermes Birkin yang ketiga paling mahal di dunia. Beg ini juga dikatakan sama dengan beg tangan milik isteri bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.

Apa kata anda?