Tidak mahu rakan kantoi dengan isteri, ahli grup Myvi yakinkan harga ‘trade-in’ rim Enkei itu murah

Tidak mahu rakan kantoi dengan isteri, ahli grup Myvi yakinkan harga ‘trade-in’ rim Enkei itu murah

Jika anda aktif melihat mana-mana grup kereta Myvi di Facebook, pelbagai telatah berkaitan kereta Myvi dikongsikan dari setiap penjuru negara Malaysia. Ada saja hantaran yang akan membuat anda tersengih seorang diri di hadapan skrin.

Baru-baru ini, ada seorang wanita telah bertanyakan soalan kepada ahli grup Facebook Myvi tersebut; adakah benar suaminya cuma tambah RM100 setelah trade in rim tayar standard 1.5 AV untuk mendapatkan sport rim jenama Enkei.

Hantaran tersebut telah mendapat pelbagai respon dari ahli grup untuk ‘membantu’ jawap soalan dan dalam masa yang sama ‘menyelamatkan’ suami wanita tersebut dalam grup Facebook Myvi tersebut.

Anda boleh baca antara komen-komen ‘penyelamat’ yang dikongsikan oleh ahli grup dengan menyatakan suami wanita tersebut betul-betul ‘bernasib baik’ kerana mendapatkan sport rim Enkei pada harga yang sangat ‘murah’.

‘Kerjasama’ ini bukanlah satu perkara yang asing di Malaysia. Walaupun netizen nampak sentiasa berbalah dalam hal-hal yang lain, tetapi bila wanita bertanya perkara melibatkan harga sebenar, netizen boleh bersatu-padu ‘menyelamatkan’ keadaan. – TV