Tiada penjaga di rumah, polis trafik terpaksa dukung anak sambil kawal lalu lintas

Tiada penjaga di rumah, polis trafik terpaksa dukung anak sambil kawal lalu lintas

Baru-baru ini, seorang polis trafik wanita di India menjadi tular apabila rakaman video memaparkan dirinya membawa anak lelaki yang berusia lima bulan ketika bertugas disebarkan di laman sosial Twitter baru-baru ini.

Konstabel polis yang dikenali sebagai Priyanka berkenaan mendedahkan pada pagi kejadian, dia terlewat untuk datang bertugas mengawal aliran trafik yang sepatutnya bermula pada pukul 8 pagi, lapor akhbar The Indian Press.

Bawa anak sewaktu bertugas

Mernurut Priyanka, dia terpaksa membawa anaknya bersama kerana tiada orang yang boleh menjaga bayinya di rumah memandangkan suami dan keluarga mentuanya berada di daerah lain.

“Selalunya saya mendapat tugasan di kawasan berhampiran rumah tetapi pada pagi itu, ketua memberikan arahan untuk mengawal trafik di persimpangan yang agak jauh.
“Saya tidak boleh meninggalkan anak tapi dalam masa sama, kerjaya saya juga penting. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membawanya bersama,” ujarnya.

Bangkitkan kemarahan, tuntut pusat jagaan kanak-kanak

Menjengah ke Twitter, rakaman video tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang menuntut agar sebuah pusat jagaan kanak-kanak dibuka secara percuma buat polis wanita.

Susulan kejadian itu, Ketua Pengarah Polis Chandigarh, Sanjay Baniwal memuat naik kenyataan di Twitter memberitahu bahawa anggota polis itu baru sahaja kembali bekerja selepas cuti bersalin selama enam bulan.

“Pihak kami akan membuat pertimbangan menukar jabatan anggota tersebut jika dia membuat permohonan secara rasmi,” jelasnya.

Tonton video penuh:

Sumber: YouTube The Tribune,The Indian Express