Tiada lagi pergunungan indah di Ipoh, ramai kecewa kemusnahan alam semula jadi

Tiada lagi pergunungan indah di Ipoh, ramai kecewa kemusnahan alam semula jadi

 

Ketika anda membuat perjalanan ke Ipoh melalui lebuh raya Utara-Selatan, pasti anda disajikan pemandangan yang indah. Namun sejak akhir-akhir ini mungkin anda akan perasan bahawa pemandangannya ini sudah tidak sama lagi.

Baru-baru ini, beberapa siri gambar yang menggambarkan pergunungan Ipoh telah menjadi viral dengan lebih 2,300 perkongsian di Facebook Perak Press. Dalam foto itu, kita dapat melihat bahawa gunung yang tinggi, subur dan hijau kini sudah gondol.

Ramai rakyat Malaysia telah meluahkan kekecewaan mereka selepas melihat gambar-gambar tersebut.

“Dalam mengejar pembangunan negara, terkadang kita alpa apabila berlaku sesuatu bencana alam…….ia adalah teguran dari yang maha esa kerana kerakusan kita yang sepatutnya memelihara persekitaran semulajadi kurniaan tuhan..”– kata netizen

“Memang sakit hati tengok kehancuran alam semulajadi di ipoh…saya antara insan bertuah yang dapat merasai dan melihat sendiri keindahan alam ipoh yang semakin pupus atas nama kemajuan…semua keindahan itu hanya tinggal kenangan di fikiran ini…sedih…”– tulis netizen

Ada segelintir netizen lain menyebut Perak merupakan tempat pengeluaran utama bahan binaan.

“Sumber ekonomi negeri. Jika tak timbul masalah pencemaran sungai tak apa. Bukit batu kapur dan batu marmar putih itu adalah sumber bahan industri binaan negara” – tulis netizen

Terdapat juga sindiran ditujukan kepada netizen yang mengecam tetapi menggunakan bahan binaan seperti batu marmar di rumah.

“Kecam sambil duduk dlm rumah batu berlantaikan marmar ke tuu??? Buat rumah cantik2 pastuh kecam bukit batu diruntuhkan.. Podahhhh… “– perli netizen

Apa-apa pun, kami mengharapkan yang terbaik dari kerajaan negeri agar dapat memelihara alam sekitar sebaiknya dalam perancangan mereka.