Tiada lagi di segmen ‘Morning Morning Suria’, ini punca Shuib tinggalkan Suria FM
Setelah hampir 1 tahun 3 bulan, penyampai radio, Shuib mengundur diri dari keluarga Suria FM.
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram Suria FM, Pelakon dan pelawak yang bersalaman dengan Pengurus Besar Suria FM, Abd Majid (DJ Lin) menitipkan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang terjalin selama hampir dua tahun itu sebagai satu pengalaman yang luar biasa.
“1 tahun 3 bulan . Terima kasih untuk satu pengalaman yang luar biasa.” – kata Shuib
“Bekerjasama Dengan Seorang Figura Yang Sangat Hebat…”
Dalam pada itu, DJ Lin menyifatkan Shuib sudah menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM serta menitipkan harapan dapat kembali menjalinkan kerjasama strategik di masa akan datang.
“Kami mewakili Suria FM nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Shuib. 1 tahun 3 bulan yang sangat bermakna untuk kami. Bekerjasama dengan seorang figura yang sangat hebat, merendah diri.
Sebenarnya ini bukan yang terakhir bersama Suria FM, kerana kerjasama strategik bersama Suria FM dan Shuib, kita harap dapat diteruskan.
Shuib dah jadi sebahagian daripada keluarga Suria FM, susah kita nak lepaskan. Kami doakan semoga Shuib terus sukses, bahagia di samping keluarga, kerjaya Bubble Bee. Ramai yang mendoakan Shuib sebab Shuib seorang yang sangat baik.” – kata DJ Lin
Sekadar info, Shuib diumumkan sebagai penyampai radio Suria FM pada 27 Ogos tahun 2022.
Terkini, perkhidmatannya bersama Suria FM telah berakhir dan berkuat kuasa pada 4 Disember 2023 hari ini kerana mahu memberikan fokus kepada perniagaan miliknya.