“Tiada isu tong oksigen, katil tidak cukup” – HTAR didakwa ‘sorok’ kenyataan sebenar

“Tiada isu tong oksigen, katil tidak cukup” – HTAR didakwa ‘sorok’ kenyataan sebenar

Tiada isu kekurangan tong oksigen dan katil untuk pesakit di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang seperti yang tular di laman Twitter kata Pengarah HTAR, Dr. Zulkarnain Mohd. Rawi.

Zulkarnain berkata, bekalan oksigen serta katil di HTAR bagi kegunaan merawat pesakit adalah mencukupi.

“HTAR kini menempatkan pesakit Covid-19 di Kompleks Rawatan Harian (ACC) yang ditukarkan fungsi sebagai wad Covid-19.

“Wad tersebut boleh menyediakan 150 buah katil untuk pesakit selain dilengkapi bekalan gas perubatan oksigen menggunakan tangki VIE (vacuum insulated evaporator) dan silinder mudah alih yang membekalkan cecair oksigen,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai satu ciapan di Twitter yang menunjukkan tangkap layar perbualan pengguna Twitter tersebut bersama individu dipercayai pekerjanya.

Berdasarkan perbualan itu, individu terbabit mahu meminjam wang daripada majikannya dan mendakwa ia bagi tujuan untuk membeli tong oksigen bagi kegunaan ibunya yang kini dirawat di HTAR.

Zulkarnain turut menasihatkan orang ramai untuk tidak membeli sebarang tong atau tangki oksigen sebarangan untuk disimpan di rumah kerana ia boleh mendatangkan bahaya.

“Jangan beli sebarang tong oksigen untuk disimpan di rumah, sebaliknya orang ramai boleh membeli penumpu oksigen (Oxygen Concentrator) untuk kegunaan di kediaman mereka.

“Orang ramai juga perlu berhati-hati dengan berita tidak benar. Keadaan di HTAR okay, hati-hati dengan individu yang mengambil kesempatan di waktu-waktu begini,” jelasnya.

 

 

Sumber: KosmoHartalDoktorKontrak