‘Tesco secara rasminya dikenali sebagai Lotuss’

‘Tesco secara rasminya dikenali sebagai Lotuss’

Bagi yang tertanya-tanya kenapa bila check-in MySejahtera dekat Tesco tiba-tiba keluar nama lain, haa ternyata korang tak tahu yang sebenarnya Tesco sudah bertukar nama.

 

Menerusi perkongsian tweet @wanfarlee95Tesco Malaysia hari ini secara rasminya dikenali sebagai Lotus’s. 

 

Perkara ini bukan sekadar khabar angin daripada netizen semata-mata namun ia juga disahkan sendiri oleh pihak Tesco di cawangan-cawangan mereka melalui papan tanda di dalam pasaraya mereka.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

 

“Stock sedia ada akan dihabiskan & takkan masuk lagi lepas stock habis” 

Malah menurut seorang staf Tesco di Twitter, berita ini mungkin agak menyedihkan bagi mereka yang menggemari jenama Tesco kerana segala brand yang berkaitan Tesco termasuk beg plastik dan produk akan dihabiskan dan tidak akan di ‘restock’ lagi selepas ini.

Penjenamaan baru Tesco kepada Lotus’s juga akan berjalan hingga hujung tahun 2021.

Sumber: Twitter

 

“Kena gi Tesco la macam ni. Borong brand Tesco…” 

Berita tentang pertukaran Tesco ke Lotus’s sebenarnya agak mengejutkan netizen yang tidak tahu menahu hal tersebut.

Apa-apapun ada yang mula mahu memborong barangan brand Tesco kerana barangan jenama tersebut dikatakan agak berkualiti dan susah nak dapat nanti bila Tesco sudah sepenuhnya bertukar kepada Lotus’s.

Sumber: Twitter

Terdahulu menerusi laporan Berita Harian pada 9 Disember 2020, pihak Tesco Plc telah memuktamadkan keputusan mereka untuk menjual perniagaan di Thailand dan Malaysia kepada CP Retail Development Company Ltd.

Pasaraya Tesco di Malaysia dan Thailand kini dimiliki oleh Lotus Thailand, yang dimiliki oleh Charoen Pokphand (CP).

So lepas ni kita kena sebut nak pergi Lotus’s la bukan lagi Tesco ye gais. Kena biasakan ni. – LM