“Terus tak jadi nak beli” – Promosi tudung bersama Risteena, ramai pakat nak boikot Aliff Syukri

“Terus tak jadi nak beli” – Promosi tudung bersama Risteena, ramai pakat nak boikot Aliff Syukri

 

Perkongsian usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetus perhatian ramai di media sosial, baru-baru ini

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Aliff memuat naik video promosi produknya bersama aktres, Nur Risteena di sebuah acara di Sabah.

Dalam video promosi bersama Risteena itu, Aliff meluahkan rasa teruja apabila aktres tersebut datang membeli produknya dan bukannya membuat ulasan (review).

“Cantik manis kan Nur Risteena ni. Sejuk je mata memandang,” tulis Aliff ringkas.

 

Namun, menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa kurang senang apabila usahawan tersebut membuat video promosi bersama kakak kepada aktres sensasi, Ruhainies.

Lebih mengejutkan, ramai juga yang meluahkan hasrat untuk memboikot produk-produk keluaran Aliff kerana menggunakan individu-individu yang terpalit dengan kontroversi panas.

risteena

Terdahulu, Risteena mempertahankan adiknya, Ruhainies dengan menampilkan bukti berkaitan kes dakwaan Ruhainies berkhalwat bersama aktor kontroversi, Aliff Aziz awal Mac lalu.

Pada 11 Mac lalu, Bella Astillah telah memfailkan cerai secara ekspres daripada suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Awal Mac, kecoh apabila Aliff dan aktres, Ruhainies ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di ibu kota.