Teruk dikecam peminat K-Pop, Instagram & Twitter Janna Nick ‘hilang’
Sejak beberapa hari lalu, nama pelakon terkenal, Janna Nick terus-terusan trending di Twitter selepas video lama dirinya didakwa menyindir kematian seorang artis K-Pop dimuat naik semula oleh satu akaun peminat selebriti Korea tersebut.
Hal ini membuatkan Janna tampil memohon maaf di ruangan Instagramnya dan menjelaskan keadaan sebenar mengenai video yang dirakam sekitar tahun 2018.
Instagram dan Twitter hilang
Namun begitu, satu hashtag #jannanickisgoingpartyjail telah tular sehingga keluar negara melibatkan peminat-peminat K-Pop susulan satu lagi tangkapan skrin merujuk komen Janna yang didpercayai mempermainkan nama girlband K-Pop.
Justeru itu, melihat di akaun Instagram dan Twitter pelakon drama Melastik Cinta tersebut, kedua-dua media sosialnya sudah tiada. Perkara ini berkemungkinan dinyahaktifkan oleh Janna sendiri atau hilang disebabkan report yang dibuat netizen.
apparently janna nick’s Instagram account is now gone, it’s either being deactivated by her or being deleted by Instagram because of the mass report! #jannanickisgoingtojailparty pic.twitter.com/bAlR5LxHhw
— moon : jail era ✜ (@shotaroily) February 21, 2021
Hashtag masih trending
Hashtag #jannanickisgoingpartyjail juga telah dua hari trending dan pelbagai kecaman daripada peminat K-Pop diterima oleh pelakon itu baik dari Malaysia dan luar negara.
Janna Nick buat laporan
Sehubungan dengan itu, pengacara Melodi berkenaan dilihat telah mengambil tindakan dengan membuat laporan polis berhubung kecaman-kecaman yang diterima sejak beberapa hari lalu.
Janna sempat memuat naik laporan polis di Twitter sebelum akaunnya juga hilang berkemungkinan turut dinyahaktif olehnya.
Buat masa ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak pelakon wanita tersebut berhubung isu terbabit.
Namun, pemiant-peminat K-Pop masih lagi menjalanan misi menularkan hashtag #jannanickisgoingpartyjail di Twitter bagi menzahirkan rasa tidak setuju mereka terhadap Janna.
Sumber: shotaroily, Twitter