Teruk dikecam kerana kenyataan hak wanita, ini respon balas anak Zahid Hamidi

Teruk dikecam kerana kenyataan hak wanita, ini respon balas anak Zahid Hamidi

 

Nama Nurul Zahid rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi kerana umum mengetahui anak kepada Presiden Umno itu seringkali lantang menyuarakan pendapatnya di media sosial.

Nurul dikecam lagi!

Terbaru, pemilik nama Nurul Hidayah Ahmad Zahid sekali lagi menerima kecaman dari warganet ekoran kenyataan yang dibuat olehnya dalam sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @sinardailymy semalam.

Wanita tak dilahirkan sebagai pemimpin

Menerusi video berdurasi 24 saat itu, Nurul membuat kenyataan di mana golongan wanita sebenarnya tidak dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin. Ini kerana ia adalah tugas seorang lelaki.

“Saya rasa wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin tau. Ya, wanita tidak dilahirkan untuk menjadi pemimpin.”katanya.

@sinardailymy

#politicallyfrank #nurulzahid #fyp #foryourpage #sinardailymy

♬ original sound – Sinar Daily – Sinar Daily

Apa benda dia mengarut ni?

Sebaik sahaja mendengar kenyataan yang dilontarkan oleh wanita itu, ramai netizen kelihatan tidak berpuas hati, selain mengkritik Nurul.

Benda boleh mudah…

Selain itu, ada warganet cuba untuk memahami kenyataan yang dikeluarkan oleh Nurul dengan membuat ayat sendiri, selain mengatakan ia adalah tidak berpadanan dengan mesej yang hendak disampaikan.

Saya maksudkan pucuk kepimpinan tertinggi

Ekoran penularan video tersebut, anak kepada Presiden UMNO ini tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut melalui hantaran di laman Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Nurul memberitahu dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan golongan wanita, sebaliknya ia merupakan perkara sebenar di mana pucuk kepimpinan tertinggi seharusnya digalas oleh kaum lelaki.

“Untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kepimpinan, menurut saya tiada masalah. Sebagai contoh Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri atau pemilik syarikat sekali pun.

“Apa yang saya maksudkan adalah pucuk kepimpinan tertinggi seperti Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan yang seangkatan dengannya.”tulisnya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Kau rasa aku nak murung?

Pun begitu, melihat kepada Instagram Story wanita itu, dia tidak kisah sekiranya orang ramai mengkritik dan mengutuk tahap bahasa Inggeris dirinya.

Sebaliknya, dia dan anak berbangga boleh bertutur dalam bahasa berkenaan.