Teruja unboxing parcel, wanita terkejut siap dapat kunci rumah sebagai ‘free gift’

Teruja unboxing parcel, wanita terkejut siap dapat kunci rumah sebagai ‘free gift’

 

Tak dinafikan, sekarang ini memang ramai yang suka membeli barang secara atas talian sahaja.

Walaupun terpaksa menunggu sedikit masa, perasaan teruja untuk membuka parcel adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.

Lagi-lagi jika penjual ada memberikan free gift sebagai tanda terima kasih selepas membeli dengan mereka.

Baru-baru ini pula, seorang wanita berkongsikan situasi lucu yang dilaluinya apabila dia menerima satu free gift yang tidak dijangkakan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, dia dilihat membuka sebuah parcel yang baru sahaja diterimanya dan mengakui berasa pelik kerana kedengaran bunyi seperti kunci di dalamnya.

Sebaik sahaja dia membuka parcel tersebut, kelihatan barang yang dibelinya itu dan juga kunci rumah berserta sellotape yang turut berada di dalam bungkusan itu.

Malah wanita itu juga meluahkan rasa hairan dan berseloroh adakah free gift yang diberikan oleh penjual adalah berupa rumah.

@suhailighafur_

Nak kene buat apa ni ? Firsttime dapat freegift kunci rumah 😅 #videounboxing

♬ Cartoon sound that causes funny laughter(877048) – tomotam

Wanita itu turut berkongsikan sambungan kepada kisahnya itu di mana dia kemudiannya bertanyakan kepada penjual tersebut tentang kunci rumah tersebut.

Seperti yang dijangkakan, penjual itu memberitahu dia secara tidak sengaja telah memasukkan kunci dan sellotape tersebut kerana terlalu tergesa-gesa.

@suhailighafur_

Replying to @ceobabysiter HAHAHAHA seller dah 2 hari tido luar rumah 😂😂

♬ original sound – Mommy Kim & Klaira ✨ – Mommy Kim & Klaira ✨

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama berasa terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini.

Malah netizen turut berseloroh tertanya-tanya bagaimana agaknya penjual itu terpaksa menghadapi hari-harinya tanpa kunci rumah yang hilang begitu sahaja.

“Hahaha confirm owner hilang kunci.”

parcel

“I beli kek lapis pastu siap ada lencana nama sekolah anak dia siap dalam parcel.”

kunci

“Sebenarnya itu teka teki sis, kalau dapat selesaikan boleh join squid game.”

komen

“Ayok rumah mana satu tu sis…”

tik tok