Tersebar foto & perbualan mesra, Bella Astillah didakwa ada hubungan dengan pelakon baru?

Tersebar foto & perbualan mesra, Bella Astillah didakwa ada hubungan dengan pelakon baru?

 

Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini menjadi topik hangat selepas kes tangkapan suaminya, Alif Aziz dengan pelakon wanita lain iaitu Ruhainies.

Terbaru, ada satu lagi khabar angin di mana terdapat dakwaan Bella Astillah sedang mempunyai hubungan dengan seorang pelakon lelaki baru, malah chat perbualan mereka juga turut tersebar di TikTok.

Terdapat juga beberapa gambar yang menunjukkan keakraban mereka berdua persis pasangan kekasih.

Gambar mereka berdua serta perbualan melalui mesej itu dimuat naik oleh akaun Edisi Umat di TikTok dan ianya menarik perhatian ramai.

Ramai yang menganggap ianya sekadar suntingan, namun ada juga yang mengatakan ianya gambar yang betul melalui tarikh pada perbualan mereka serta timestamp pada gambar tersebut.

Dalam pada itu, selepas melihat ke laman Instagram pelakon lelaki berkenaan, dia sudah pun menutup ruangan komennya. Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan daripada Bella ataupun pelakon lelaki tersebut.

@edisiumat

Sekarang baru faham kenapa. Ni baru tunjuk sikit……. Visit bio #bella #playvictim? #alifaziz #alifazizbella #curang #skandal #fyp #trend

♬ Sayang Sampai Mati – Repvblik