Terpisah selama 54 tahun akibat perang, wanita setia menanti rupanya suami sudah berkahwin lain

Terpisah selama 54 tahun akibat perang, wanita setia menanti rupanya suami sudah berkahwin lain

 

Berkahwin dengan mana-mana tentera atau askar, bermakna seseorang itu harus bersedia untuk ‘bermadu’ dengan negara.

Lagi-lagi jika berlaku peperangan, isteri bakal ditinggalkan untuk tempoh cukup lama tanpa kepastian jelas adakah suami mereka bakal pulang dengan selamat atau sebaliknya.

Namun begitu, kisah yang berlaku kepada satu pasangan dari negara China ini cukup menghibakan ramai.

Puluhan tahun lalu, kedua-duanya tidak berkesempatan menjalani kehidupan berumah tangga setelah suami diperintahkan ke medan perang sehari selepas majlis perkahwinan mereka berlangsung.

Walaupun pahit, si isteri sedar dirinya tiada kuasa untuk menghalang panggilan tugas itu.

Berjanji untuk menantinya pulang, namun penduduk kampung terpaksa berpindah segera dari situ ekoran konflik pergolakan yang semakin tegang.

Selepas bermigrasi ke lokasi lain, wanita berkenaan terus terpisah dengan suaminya tanpa khabar berita.

Walaupun sudah dinasihati untuk berkahwin lain saja, dia tetap berusaha keras untuk mencari suaminya kerana rasa cinta yang tersimpan tidak pernah pudar hatta sekelumit.

54 tahun berlalu, takdir akhirnya menemukan semula pasangan ini pada tahun 2020. Daripada muda sampailah rambut memutih, siapa menduga kesetiaan nenek itu berakhir dengan kekecewaan yang cukup besar.

Si suami yang dicari-cari selama ini ternyata sudah berkahwin dengan perempuan lain dan bahagia membina keluarga besar.

Rupanya dahulu, suami pernah berusaha mencari isterinya dan kembali ke kampung mereka yang sudah menjadi padang jarak padang tekukur.

Menyangka wanita itu sudah pergi buat selamanya, maka dia menghentikan segala pencarian. Jiwanya dihurung dengan rasa serba salah tatkala melihat tangisan isteri pertama di pangkuannya.

Aku tunggu kau selama 54 tahun! Kenapa kau tak datang kepada aku? Ke mana kau pergi selama ini?”

@ndasdnr

#shocked #scene #lovestory #reality #loyal #sad #moment #viral #fypdongggggggggシ #video

♬ original sound – 🖤🖤