Terpalit kontroversi lepas kahwin, Hannah Delisha tampil mohon maaf
Terdahulu, timbul spekulasi mengatakan perkahwinan pelakon Hannah Delisha dan Imam Shah tidak direstui oleh ibunya iaitu Noor Ashikin.
Malah, difahamkan ibu kepada pelakon itu turut memuat naik puisi dengan tanda #IbuTidakRestu dipercayai memberi gambaran terhadap situasi yang sedang berlaku.
Bukan itu saja, ibu mentua Hannah juga turut memuat naik posting dalam memberikan pesanan kepada pasangan tersebut.
Susulan itu, Hannah Delisha menerusi perkongsian di IG Story memuat naik status tampil memohon maaf kerana masalah peribadinya sudah diketahui umum.
Cuba jauhkan diri dari gosip
Hannah memohon maaf dengan apa yang sedang berlaku melibatkan dirinya. Dia turut mengakui hidupnya juga mempunyai masalah peribadi dan sangat rasa bersalah apabila masalah tersebut sudah diketahui umum.
Sejak pertama kali saya jejak kaki masuk ke dalam industri, tujuan utama saya adalah ingin menghiburkan anda semua dan penonton berdasarkan hasil kerja saya. Bukan kehidupan peribadi saya. Saya cuba untuk jauhkan diri saya dengan gosip semampu dan seiring saya membawa nama negara dengan bermaruah. Saya juga berharap akan teruskan berjalan ke hadapan. InshaAllah.
Doa buat saya
Tambahnya, dia turut memohon agar peminat memberinya ruang untuk membaiki keadaan tersebut serta sentiasa mendoakan buat dirinya.
Sekali lagi, saya mohon maaf untuk semua yang telah berlaku mengenai berita tersebut berkaitan dengan diri saya atau keluarga saya. Anda semua berhak dapat lebih baik dari saya. Saya juga mohon doa dari anda semua dan masa peribadi ketika masa ini.
Sumber: OB, Hannah Delisha