Terpaksa ‘breakup’ kerana hidap Thalassaemia, perkongsian pasangan ini beri kesedaran buat orang ramai

Terpaksa ‘breakup’ kerana hidap Thalassaemia, perkongsian pasangan ini beri kesedaran buat orang ramai

 

Setiap pasangan yang bercinta, pasti mahu bernikah dan menjalani kehidupan sehingga hari tua. Sebelum anda menikahi pasangan, anda perlu menjalani ujian HIV untuk mengelakkan permasalahan kelak.

Terbaharu, sebuah video TikTok jadi perhatian apabila pasangan kekasih terpaksa berpisah selepas bercinta selama 3 tahun. Menerusi video tersebut, mereka berdua disahkan menghidap Thalassaemia Minor dan mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka sebagai kekasih, lapor portal Vocket.

@szasaccount

please spread awareness about thalasemia #thalasemia #thalasemiaindonesia #breakup #fyp

♬ Pesan Terakhir – Lyodra

Hal tersebut turut mendapat perhatian Dr. Nimelesh dan beliau telah memberikan sedikit penerangan kepada orang ramai di Twitter. Menurutnya, seorang pesakit Thalassaemia yang menerima baka penyakit ini dari kedua ibu dan bapa memerlukan pemindahan darah dan rawatan ubat sepanjang hayat.

Untuk pengetahuan anda, Thalassaemia adalah penyakit genetik atau keturunan, di mana anak mendapat gen Thalassaemia daripada ibu bapa. Pesakit Thalassaemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas.

Ianya bukan penyakit berjangkit dimana tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit Thalassaemia. Dalam kes pasangan ini, Thalassaemia Minor hanya boleh dikesan melalui ujian darah kerana tidak menunjukkan gejala dan masalah kesihatan.

Perkongsian pasangan dari Indonesia itu mendapat perhatian netizen Indonesia dan juga Malaysia. Malah, ramai yang tidak mengetahui akan penyakit ini sudah mula cakna dan memiliki kesedaran untuk menjalani ujian darah.

Para netizen turut memberikan kata-kata semangat kepada pasangan tersebut kerana tahu sukar untuk mereka membuat keputusan terbabit. Malah, ada juga individu yang memiliki penyakit Thalassaemia berkongsi kisah mereka berdepan penyakit ini.