Terlebih minum ubat kuat, pengantin baru maut ketika sedang ‘bersama’

Terlebih minum ubat kuat, pengantin baru maut ketika sedang ‘bersama’

 

Pasangan pengantin baharu dilaporkan maut akibat terlebih minum ubat kuat sewaktu mereka berdua sedang menikmati percutian bulan madu.

Menurut portal TribunNews, pasangan pengantin yang masing-masing berusia 30 dan 27 tahun itu datang ke sebuah hotel terletak di wilayah Karangpandan pada Sabtu lalu untuk satu malam.

Keesokan harinya, mangsa sempat menghubungi pihak penyambut tetamu untuk memberi masa sehingga tengahari sebelum keluar. Namun sehingga petang, mereka tidak memberikan sebarang maklum balas lalu membuatkan pekerja hotel berkenaan menyangka pasangan pengantin tersebut mahu menyambung lagi keesokan harinya.

Bagaimanapun, mereka masih belum memberikan sebarang respons sehingga ke hari Isnin, lalu pihak hotel datang membuat pemeriksaan ke bilik pasangan terbabit.

Malangnya, pintu bilik mangsa tidak dapat dibuka sebelum salah seorang staf terpaksa ‘intai’ melalui tingkap kecil di tandas sebelum melihat tubuh mereka berdua terbaring kaku tanpa seutang benang serta berbau.

Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa maut bukanlah disebabkan kes jenayah, sebaliknya pengambilan ubat kuat yang berlebihan.

“Dalam kejadian tersebut, tiada sebarang unsur jenayah terhadap mangsa,” ujar pegawai polis, Inspektor Budi Raharjo.

Dalam pada itu, pegawai kesihatan melaporkan kesan ubat kuat tersebut telah menyebabkan denyutan jantung mangsa berdegup kencang secara tiba-tiba sebelum berlaku mengakibatkan pembuluh darah pecah.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh pasangan pengantin, kesan luka ditemui pada bahagian mulut bawah, gigitan di lutut dan luka pada bahagian tangan kiri. Selain itu, turut ditemui kesan bintik-bintik merah pada kulit leher, dada dan sekitar perut,” jelas pegawai bertugas.