Terkini! YDPA perkenan Muhyiddin jadi PM ‘caretaker’ – Istana Negara

Terkini! YDPA perkenan Muhyiddin jadi PM ‘caretaker’ – Istana Negara

 

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan menerima surat peletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada sesi menghadap pagi tadi di Istana Negara.

Menurut kenyataan Istana Negara, susulan daripada peletakan jawatan itu, Yang di-Pertuan Agong turut berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai perdana menteri “caretaker” sehingga perdana menteri baharu dilantik.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Agong hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti.

Katanya, pada hemat Yang di-Pertuan Agong, pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke -15 bukan satu pilihan terbaik atas faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah maklum daripada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa sehingga 10 0gos lalu, daripada sejumlah 613 kawasan Dewan Undangan Negeri, 484 kawasan (79%) adalah Zon Merah Covid-19,” menurut kenyataan.

Tambah kenyataan itu, pada masa sama Agong turut mengambil maklum fasiliti kesihatan negara juga berada pada situasi yang membimbangkan.

Fadil berkata, Agong turut menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan barisan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara yang dilaksanakan di bawah Perikatan Nasional (PN) bermula 1 Mac tahun lalu, khususnya dalam memerangi pandemik Covid-19.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber: FMT