Terkini! Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan 7 hari

Terkini! Sidang Dewan Rakyat ditangguhkan 7 hari

 

Persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula Isnin depan ditangguhkan sehingga 13 September.

Perkara itu dimaklumkan dalam surat kepada Ahli-ahli Parlimen daripada Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin, namun tiada sebab diberikan.

Undi percaya terhadap Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini dijangka akan diadakan pada persidangan berkenaan.

Persidangan keempat Parlimen tahun ini sepatutnya berlangsung dari 6 hingga 30 September. Sebaliknya ia kini akan diadakan dari 13 September hingga 12 Oktober.

Penangguhan itu susulan laporan bahawa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan menjalani kuarantin di rumah selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit Covid-19.

Persidangan itu juga yang pertama diadakan sejak pertukaran kerajaan, susulan Ismail menggantikan Muhyiddin Yassin.

Sumber: FMT