Terkini! Sekumpulan warga Jordan berada di sempadan Jordan-Palestin sebagai tanda solidariti

Terkini! Sekumpulan warga Jordan berada di sempadan Jordan-Palestin sebagai tanda solidariti

Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan pintu sempadan Palestin-Mesir akan dibuka bagi membenarkan mereka yang cedera dapat di hantar ke hospital-hospital di Mesir ekoran pertambahan bilangan mangsa. Sempadan Palestin-Mesir terletak berhampiran Rafah.

Pasukan-pasukan pejuang Islam Palestin dalam satu kenyataan memberitahu penduduk Palestin untuk sama-sama turun ke jalanan selepas waktu solat Jumaat sebagai tanda sokongan kepada Gaza dan Jerusalem yang kini telah bertukar menjadi medan perang.

Sekumpulan besar warga Jordan kini berada di sempadan Jordan-Palestin sambil dikawal oleh polis Jordan. Dilaporkan mereka berada di sini untuk memberi tanda solidariti bersama saudara seagama di Palestin. Sempadan Jordan-Palestin terletak di Jerusalem bersebelahan Amman.

Sekumpulan penganut Kristian dari bandar Jerusalem tiba di kawasan kejiranan Sheikh Jarrah bagi menunjukkan solidariti mereka. Penganut Kristian juga pernah dilaporkan menerima layanan teruk daripada Zionis. Penganut Kristian membentuk 2% populasi di Israel.

Kumpulan besar warga Jordan sebentar tadi mendesak kerajaan Jordan untuk membuka sempadan mereka di Amman bagi membolehkan mereka masuk ke Jerusalem. Mereka kini berada di pos kawalan sempadan Jordan-Palestin.

MashaAllah. Kumpulan besar warga Jordan yang sedang berada di sempadan Amman-Jerusalem. Ribuan pemuda di Jordan berarak menyatakan sokongan kepada Palestin dengan laungan عالقدس رايحين شهداء بالملايين bermaksud Kami sedang berarak ke Al-Quds, ribuan para syuhada’.

 

Kredit: @JatIkhwan