Terkini! Polis sudah tahu lokasi Sajat sembunyi
Polis Selangor sudah mengetahui tempat persembunyian usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36.
“Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan,” kata Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Sebelum ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga meminta bantuan pihak polis untuk mengesan usahawan itu.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.
Sejak waran berkenaan dikeluarkan, Nur Sajat terus menghilangkan diri dan dipercayai menyembunyikan diri bagi mengelakkan dirinya dicekup JAIS. – Kosmo