Terkini! ‘Jurulatih’ Shaolin Soccer & Aktor Lagenda Hong Kong, Ng Man-tat Meninggal Dunia

Terkini! ‘Jurulatih’ Shaolin Soccer & Aktor Lagenda Hong Kong, Ng Man-tat Meninggal Dunia

Pelakon veteran Hong Kong, Ng Man-tat dilaporkan telah meninggal dunia hari ini pada usia 70 tahun dipercayai akibat komplikasi kanser.

Memetik sumber laporan, Tat yang pernah memegang watak sebagai jurulatih bola sepak dalam filem Shaolin Soccer (2001) itu sebelum ini dirawat di hospital kerana mengalami masalah kanser hati.

Bagaimanapun kesihatannya didakwa merosot sejak dua bulan lalu, sebelum lebih kritikal akhir-akhir ini sehingga dirawat di unit rawatan rapi.

Usaha perubatan tidak berjaya, Tat dilapor meninggal dunia setelah beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.

 

 

Sumber: Dimsum Daily, CGTN, SK