Terkini!! Datuk Seri diburu bantu siasatan kes pengubahan wang haram

Terkini!! Datuk Seri diburu bantu siasatan kes pengubahan wang haram

Seorang lelaki berpangkat Datuk Seri diburu polis bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dengan sindiket penipuan dan pengubahan wang haram terbesar di negara ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki yang dikesan dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee berusia 33 tahun.

Jelasnya, alamat terakhir suspek ialah di Trigon Residence Unit 1009, Puchong, Selangor dan merupakan pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

“Semalam, Polis Johor telah mengadakan operasi melakukan serbuan di Puchong dan menahan 12 individu termasuk seorang yang berpangkat Datuk Seri.

“Sindiket ini besar dan banyak melibatkan penipuan dan scam. Suspek adalah seorang yang berpengaruh dan mempunyai banyak hubungan dengan ramai orang kenamaan termasuk pegawai daripada agensi penguatkuasa.

“Mana-mana individu yang cuba melindungi suspek akan diambil tindakan tegas tanpa mengira sama ada orang awam atau agensi penguatkuasa termasuk polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen IPK Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, pihaknya percaya ahli perniagaan itu masih berada di Puchong dan akan menjalankan usaha bagi mengesannya.-K! ONLINE

⚠️Sebarang maklumat boleh hubungi
ASP PARAKASH A/L VALIAPPAN
DITALIAN 012-5209767 ATAU BALAI POLIS
YANG BERHAMPIRAN.