Terkini! Agong titah sidang parlimen sebelum 1 Ogos – Speaker

Agong titah sidang parlimen sebelum 1 Ogos. Kami sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas perkenan Baginda Tuanku mengadakan majlis menghadap semalam yang turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Yang di-Pertua kedua-dua Dewan.
Pada majlis tersebut, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos 2021.
Kedua-dua Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat serta Timbalan-timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlinnen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku.
Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada majlis menghadap tersebut juga telah dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri dan adalah dicadangkan kepada YAB Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan-peruntukan undang-undang sedia-ada.
Sekian, terima kasih.
SENATOR TAN SRI DATO’ SERI UTAMA DR. RAIS YATIM Yang di-Pertua Dewan Negara
DATUK AZHAR AZIZAN HARUN Yang di-Pertua Dewan Rakyat
30 Jun 2021 Parlimen Malaysia KUALA LUMPUR
Sumber: MH Daily