‘Terjah’ keluarga yang viral anak tak makan 2 hari, Ahli Parlimen ‘Kuale’ bertubi-tubi dikecam netizen
Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Mastura Mohd Yazid memuat naik video di laman Twitter memaparkan penjelasan daripada sebuah keluarga berhubung dakwaaan tidak mendapat bantuan telah mengundang kecaman warganet.
Menerusi posting tersebut, beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri meminta orang ramai mendengar penjelasan daripada Kak Wati, dimana kisah kesusahannya diluahkan oleh seorang pemanggil stesen radio Suria FM minggu lalu.
Pejabat Parlimen Kuala Kangsar sedia membantu!
Berhubung dengan temuramah di Suria FM yang tular baru-baru ini, Pejabat Parlimen Kuala Kangsar menyertakan temubual bersama keluarga Kak Wati.
Semoga penjelasan Kak Wati menjawab segala persoalan. Pejabat Parlimen Kuale sentiasa sedia membantu. pic.twitter.com/2MGwiXk8th
— Datin Mastura Yazid (@MasturaYazid_) July 4, 2021
“Semoga penjelasan Kak Wati menjawab segala persoalan. Pejabat Parlimen Kuale sentiasa sedia membantu,” tulis ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah itu.
Sebelum ini, tular video temubual pemanggil bernama Abang Din yang menceritakan kesusahan sebuah keluarga di Kuala Kangsar akibat terputus bekalan makanan.
Abang Din yang juga penggerak sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa, dia melihat anak-anak keluarga tersebut sudah terbaring kelaparan ketika melakukan misi bantuan.
Temubual Abang Din
Berikutan itu, pejabat Ahli Parlimen Kuala Kangsar menafikan dakwaan tidak membantu rakyat di kawasan terbabit yang terjejas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Walaupun telah menjelaskan situasi sebenar, namun posting Mastura itu dipenuhi dengan kecaman warganet yang menyifatkan beliau terlalu bersungguh-sungguh untuk ‘membersihkan’ namanya.
Malah netizen berkata, pemanggil berkenaan tidak mendedahkan nama keluarga susah itu. Jadi kenapa pihak pejabat parlimen Kuala Kangsar perlu ‘menerjah’ rumah mereka? Cukup sekiranya menghulurkan bantuan sahaja.
Manusia jenis apa kau ni?
Tak payah undi dia dah!
Cuma fikir nak jaga nama kau, bukan nak jaga rakyat
Akak tu macam sorok cerita betul?
Sampai macam ni, nak sucikan nama
Mira Filzah, tengok perangai mentua ni…
Memalukan! Esok menjawab depan Allah
Haihh susah jugak macam ni. Kak Wati kata apa yang dibualkan Abang Din tu semua tak betul. Dia dan anak-anak okay sahaja, semua bantuan cukup… Harap takde lagi isu lain!
Sumber: ohmymedia , Twitter Mastura Yazid , Instagram Suria FM