Teringin ayam Korea, madu Marissa Dania hamil anak ketiga?

Teringin ayam Korea, madu Marissa Dania hamil anak ketiga?

 

Umisya Mazlan, madu kepada Marissa Dania didakwa sedang hamil anak ketiganya bersama Aslam.

Dakwaan itu timbul selepas pempengaruh dan usahawan, Farah Fakhira memuat naik perbualan di antara mereka berdua dan isteri Abang Tesla, Nurmajdina Jamari.

Difahamkan, group Whatsapp tersebut hanya mempunyai tiga ahli iaitu Farah, Umisya dan Nurmajdina yang kini berkawan rapat malah telah menunaikan umrah serta bercuti bersama sebelum ini.

Menerusi tangkap layar tersebut, Farah bertanya kepada Misya dan Majdina cadangan menu untuk dimasak olehnya.

Isteri pertama Aslam itu kemudian menjawab dia teringin makan di sebuah restoran ayam goreng Korea terkenal, Kyochon.

umisya

Umisya kemudian memberitahu bahawa dia mengidam kerana keadaannya yang kini mengandung dan Farah kemudian bertanya sekali lagi untuk memastikan dia tidak bergurau.

Haah (hamil)”, kata Umisya.

Bagaimanapun, kesahihan berita hamil itu masih belum terbukti memandangkan tiada pengesahan tentang perkara tersebut daripada Umisya sendiri mahu pun Aslam.

umisya