“Terima kasih, terima kasih” – Ucapan abang ambulans pada pemandu Mitsubishi Triton buat orang ramai tersentuh

“Terima kasih, terima kasih” – Ucapan abang ambulans pada pemandu Mitsubishi Triton buat orang ramai tersentuh

Sejak kewujudan aplikasi TikTok, ramai orang berkongsi video-video yang terakam semasa melakukan tugasan sebagai satu kenangan atau pengajaran kepada orang ramai.

Jika sebelum ini ramai pemandu ambulans terpaksa berhadapan dengan pemandu lain yang tidak beretika dengan menghimpit rapat dari belakang atau menghalang laluan di hadapan, lain pula pengalaman seorang abang ambulans pada kali ini.

Baru-baru ini ada seorang pemandu ambulans telah berkongsi rakaman video sebuah pacuan empat roda Mitsubishi Triton telah membantu ambulans ‘membuka jalan’ bagi memudahkan ambulans ini menuju ke lokasi dengan lebih lancar dan cepat.

@papamayya

Balas kepada @leshbish baiklah saya tunaikan lah permintaan sbb ramai yg nak dengar video tanpa lagu…

♬ bunyi asal – ezamlahh – ezamlahh

Perkongsian video tersebut telah mendapat lebih 150,000 tontonan dan 500 komen daripada orang ramai. Mereka menyatakan sangat berbangga dengan tindakan pemandu Triton tersebut.

Pada masa sama juga, orang ramai berasa terharu apabila pemandu ambulans mengucapkan terima kasih kepada pemandu Triton kerana memudahkan perjalanannya.

Ada juga diantara mereka yang baru tahu bahawa selain mempunyai siren pada sebuah van ambulans, ia turut dilengkapi dengan pembesar suara untuk membuat pengumuman.

vocket-orang-ramai-terharu-ambulans-ucap-terima-kasih-5

SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA

vocket-orang-ramai-terharu-ambulans-ucap-terima-kasih-1

SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA

vocket-orang-ramai-terharu-ambulans-ucap-terima-kasih-3

SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA

vocket-orang-ramai-terharu-ambulans-ucap-terima-kasih-2

SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA

vocket-orang-ramai-terharu-ambulans-ucap-terima-kasih-4

SUMBER GAMBAR: TIKTOK PAPAMAYYA

Terima kasih diucapkan kepada pemandu Triton tersebut kerana membantu melancarkan perjalanan abang ambulans ini supaya dapat sampai ke destinasi dengan lebih cepat.

Semoga perkongsian video oleh abang ambulans ini dapat beri kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya sifat bertimbang rasa untuk memberikan laluan semasa mereka di dalam situasi kecemasan.

Sumber: TV