“Terima kasih semua atas sokongan dan cinta. But I think, this is it.” – Nabila Razali

“Terima kasih semua atas sokongan dan cinta. But I think, this is it.” – Nabila Razali

Nama Nabila Razali sememangnya tidak pernah senyap dengan kontroversi berkaitan kerjaya nyanyiannya.

Paling berbekas sudah tentu penampilan penyanyi tersebut ketika mendendangkan lagu Peluang Kedua di pentas Anugerah Juara Lagu 35 baru-baru ini kerana disifatkan kurang sempurna oleh netizen.

Tulis kenyataan di IG story

Pelbagai kecaman dan kritikan yang agak tajam dilemparkan kepada Nabila sehingga ramai pihak tampil mempertahankannya.

Namun, menerusi ruangan IG story penyanyi tersebut sebentar tadi, dia telah memuat naik kenyataan seakan telah membuat satu keputusan.

 

 

Jangan salahkan pengurusan

Selain daripada itu, penyanyi berusia 28 tahun itu turut memaklumkan bahawa keputusan berada di atas pentas adalah keputusanya sendiri dan dia enjoy dengan semua yang berlaku.

Dia berharap agar netizen tidak menyalahkan pihak pengurusannya kerana mereka telah bekerja keras menjayakan impiannya berada di pentas berprestij tempoh hari.

Terima kasih semua yang sokong

Pastinya kenyataan yang dibuat Nabila Razali ini menyebabkan banyak pihak tertanya-tanya kerana merasakan penyanyi tersebut seakan berjauh hati dan tidak mahu meneruskan kerjayanya dalam dunia tari suara ini.

Hal ini berikutan tindakannya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong serta memikirkan ini adalah keputusan yang tepat yang harus dibuat.

“Thank you everyone for love and support. But I think, this is it,” tulisnya.

Sumber: OMM, Nabila Razali