”Terima kasih LHDN” – Pesakit kanser luah rasa kesal, rayuan BKM ditolak kerana miliki kereta 1.3cc

”Terima kasih LHDN” – Pesakit kanser luah rasa kesal, rayuan BKM ditolak kerana miliki kereta 1.3cc

 

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan mengenai tarikh kemasukan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 (BKM2022) fasa 2 berserta bantuan khas sebanyak RM50 dan RM100 mengikut kategori yang mula diagihkan bermula semalam.

Namun begitu, ada rakyat yang tidak menerima bantuan kerajaan tersebut di atas sebab-sebab yang tertentu.

Seperti satu perkongsian video TikTok ini, seorang wanita mendakwa dirinya tidak layak untuk menerima BKM2022 fasa 2 meskipun dirinya kini menderita penyakit kanser tahap 4.

@kaklongkay

Terima kasih LHDN sebab mengecewakan. Boleh teruskan usahamu wahai LHDN untuk mengecewakan banyak lagi hati rakyat. #fypシ゚viral #lhdn #kaklongkay #kaklongkayclan #cancerfighter #cancerawareness

♬ original sound – Musica Inspirati – Musica Inspirati

Malah, wanita itu telah merujuk kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara itu namun menurut agensi itu, dia tidak layak menerima bantuan kerana memiliki kereta berspesifikasi 1.3 c.c.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama seperti wanita itu.

bkm ditolak

Kata netizen, mereka telah diberi alasan yang tidak munasabah seperti memiliki kereta import dan berspefikasi tinggi.

Dalam pada itu, warga maya turut mendoakan agar wanita itu dipermudahkan urusan meskipun ditimpa ujian sedemikian rupa.