“Terima kasih atas jasa baik..”, Cikgu tergamam terima hadiah gelang emas dari ibu bapa murid kelas darjah 6

“Terima kasih atas jasa baik..”, Cikgu tergamam terima hadiah gelang emas dari ibu bapa murid kelas darjah 6

 

Pemberian hadiah kepada guru bukan sahaja semata-mata sempena hari guru tetapi ia juga dilakukan bagi menunjukkan penghargaan kepada mereka yang telah berjasa.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang guru telah menerima gelang emas sebagai hadiah penghargaan daripada anak-anak muridnya.

Menerusi kapsyen yang ditulis pada perkongsian itu, hadiah tersebut merupakan hasil daripada kutipan duit dari awal tahun yang diberi ibu bapa untuk tujuan jamuan akhir tahun.

Baki yang ada pada kutipan itu telah digunakan untuk membeli hadiah buat guru terbabit disebabkan jasanya dan sebagai tanda perpisahan anak-anak muridnya yang bakal meninggalkan tahun enam.

“Cikgu Shikin speechless dengan hadiah anak-anak murid 6 Orbit ttdione. Jasa cikgu tiada bandingan pada murid-murid tahun 6. Hadiah ini bukan hariah dari orang perseorangan. Ini adalah hasil dari kutipan duit kelas dari awal tahun lagi dari semua parents.

Sebahagian duit yang tinggal digunakan untuk buat parti akhir tahun kelas dan baki untuk belikan hadiah kepada cikgu class atas jasa cikgu menjaga anak-anak murid class 6 orbit dengan baik.

Alhamdullilah dan terima kasih atas jasa baik cikgu selama murid-murid berada di bawah jagaan cikgu. Dan salam perpisahan dari murod Tahun 6 Orbit.”

@nikmaria76

Cikgu Shikin speechless dgn hadiah anak2 murid 6 Orbit ttdione. Jasa cikgu tiada bandingan pd murid2 tahun 6. Hadiah ini bukan hariah dari orang perseorangan. Ini adalah hasil dati kutipan duit kelas dari awal tahun lagi dari semua parents. Sebahagian duit yg tinggal diginakan utk buat parti akhir tahun kelas dan baki untuk belikan hadiah kepada cikgu class atas jasa cikgu menjaga anak2 murid class 6 orbit dgn baik. Alhamdullilah n terima kasih atas jasa baik cikgu selama murid2 berada dibawah jagaan cikgu. Dan salam perpisahan dari murod Tahun 6 Orbit 🥰 #classof2023ttdione #fyp

♬ Memori Tercipta – 🐝pië

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 35.6K likes dan 663 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Image from @nikmaria76 (TikTok)

Image from @nikmaria76 (TikTok)

Image from @nikmaria76 (TikTok)