Tergunting isi telinga hingga putus, pelakon bakal saman ‘barber’

Tergunting isi telinga hingga putus, pelakon bakal saman ‘barber’

Seorang pelakon Thailand berhasrat untuk menyaman tukang gunting rambut di sebuah salun yang terletak di  Bangkok kerana memotong bahagian telinga kanannya.

Tidak memberi tumpuan

Menerusi laporan Thaiger News, pelakon Natthapong “Oatmeal” Kanthathan, mendedahkan bahawa setiap pelakon di syarikatnya perlu memotong rambut di sebuah salun kerana ianya dimiliki oleh salah seorang pekerja di syarikat itu.

Menurut pelakon berusia 26 tahun itu dia menyedari bahawa tukang gunting tersebut kelihatan mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian pada kerjanya.

Walaupun begitu, dia cuba bercakap dengannya dan menghidupkan muzik tetapi ia tidak membantu tukang gunting rambut tersebut.

Meskipun beberapa kali cuba memastikan tukang gunting rambut tersebut kekal terjaga, namun sebahagiaan telinga Oatmeal telah digunting. Disebabkan itu, Oatmeal terpaksa menerima tujuh jahitan selepas dibawa ke hospital.

Oatmeal berkata tukang gunting itu membayar kos rawatan sebanyak 15,375 baht (RM2,020) dan memberinya 1,500 baht (RM197.16) untuk insurans kesihatan, namun enggan untuk memberikan sebarang pampasan lanjut atas kerugiannya.

Disebabkan kecederaan di telinganya, Oatmeal telah kehilangan banyak pendapatan dan peluang kerjaya.

Kini, dia sedang berunding dengan peguam dan merancang untuk memfailkan saman terhadap tukang gunting dan pemilik salun itu.

@o.atx

โอ๊ตยังศรัทธาในความยุติธรรม และ เชื่อในความถูกต้องเสมอครับ นักแสดงตัวเล็กๆคนนึง ที่ไม่สามารถเรียกร้องอะไรได้เลย 🥹#โหนกระแส #พี่หนุ่มกรรชัย #ช่วยด้วย #ทุบโต๊ะข่าว #ทุบโต๊ะข่าวamarin

♬ เสียงต้นฉบับ – oatmeal – oatmeal