Terdapat kes jangkitan Covid-19 di SMK Jati

Terdapat kes jangkitan Covid-19 di SMK Jati

Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengumumkan penutupan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di sini hari ini selama seminggu susulan terdapat pengesahan jangkitan koronavirus (Covid-19) di sekolah tersebut.

Pengarah Pendidikan Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali menerusi satu makluman di Facebook rasmi jabatan berkenaan menjelaskan, penutupan tersebut dibuat bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Menurutnya, sekolah tersebut hanya akan dibuka semula pada 12 November depan iaitu pada hari Khamis.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pentadbir sekolah diarahkan untuk memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.

“Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi Kementerian Pendidikan iaitu www.moe.gov.my,” katanya menerusi makluman tersebut hari ini.

Semalam, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Yahyawiyah, Padang Rengas ditutup selama tujuh hari susulan pengesahan kes jangkitan Covid-19.

Sumber: Sinar Harian