Terbengkalai & suram, keadaan terkini MAPS Ipoh selepas ditutup tahun lalu buat ramai sedih

Pada Januari tahun 2020, Movie Animation Park Studio (MAPS) di Perak telah memaklumkan penutupan operasi selepas hampir 3 tahun beroperasi. Penutupan taman tema tersebut dipercayai kerana mengalami kerugian yang sudah tidak dapat dibendung.
Terbaharu, pengguna Twitter @viralperak telah berkongsi beberapa keping gambar keadaan terkini MAPS selepas penutupannya tahun lalu. Dapat dilihat keadaan MAPS tidak terurus dan suram.
Taman Tema Animasi MAPS Ipoh, terbengkalai tanpa khabar dan hala tuju. Lambat laun jadi spot paranormal 👻
Foto: ‘Aqilah Shahruzzaman pic.twitter.com/FZ0ItKVh3b
— VIRAL PERAK (@viralperak) November 16, 2021
Taman tema yang dulunya cantik dan gah, kini ‘kosong’ dan terbiar ditinggal begitu sahaja. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa sedih melihat keadaan taman tema tersebut.
Bukan itu sahaja, para netizen juga berharap MAPS diambil alih oleh mana-mana syarikat dan dimajukan kembali kerana sayang dibiarkan begitu sahaja. Malah, lokasinya yang strategik pasti dapat menarik pelancong kelak.
Dulu nak di jual pada sunway tapi ada pihak yang taknak , akui lah kita tiada tiada kepakaran dalam bidang ni , biar jelah jual atleast dapat jana income juga bulan-ii dan untuk makluman even projek ni terbengkalai , hutang pada bank masih perlu dijelaskan
— zyy (@zyyydehar) November 16, 2021
Lepas ni boleh jd rumah hantu atau tempat main fpv drone 🤣
— Zafiq Syaddiq Radzi (@zafiqsyaddiq) November 16, 2021
Dulu pernah pergi sekali, rugi sangat tak tangkap gambar banyak banyak. Tempat cantik tapi tak sempat nak main permainan dia. Hm https://t.co/d0xXDs4tTR
— 🎐 (@nnrsyu) November 17, 2021
Lol terbengkalai dah, ingatkan bukak lagi https://t.co/vPgN9mpuZn
— Brad Pit (@syfqmnn) November 17, 2021
Malah, ada juga netizen yang baru ketahui MAPS telah ditutup dan segelintir netizen yang pernah berkunjung ke MAPS turut kongsikan kenangan mereka di sana. Diharap, taman tema ini dapat dibuka kembali walaupun dibawah pengurusan lain.