“Terbalik pula”, Polis rakam pemandu Volkswagen kuning kantoi cuba ‘suap duit’ bila kena tahan

“Terbalik pula”, Polis rakam pemandu Volkswagen kuning kantoi cuba ‘suap duit’ bila kena tahan

 

Sejak belakangan ini, kecoh mengenai isu melibatkan integriti anggota keselamatan seperti polis sehingga mengundang kecaman orang ramai.

Minggu ini saja, timbul dua kes mengenai perbuatan anggota polis yang menawarkan ‘diskaun’ untuk mengelakkan pengguna jalan raya disaman dan dibawa ke balai polis.

Lebih memeranjatkan apabila kedua-dua kes ini melibatkan pelancong asing yang ditahan melakukan kesalahan jalan raya. Difahamkan, kedua-dua kes ini sedang giat disiasat oleh PDRM.

Walaupun perkara ini seolah-olah memperlihatkan imej anggota polis sedikit tercalar, namun video tular ini memaparkan sudut yang berbeza.

Menerusi video yang dimuat naik di laman X, seorang pemandu kereta jenis Volkswagen kuning didakwa melakukan cubaan memberi duit kepada seorang anggota polis ketika ditahan di tepi jalan.

Anggota itu bagaimanapun dilihat tidak termakan dengan suapan tersebut dan terus merakam kejadian sekali gus membuatkan pemandu dan penumpang kereta berkenaan terkedu.

 

“Hah bagi duit… ni nak bagi duit ni,” gertak polis itu.

Setakat ini, lokasi sebenar dan tindakan selanjutnya oleh anggota itu masih tidak dapat dipastikan lagi.

Perkongsian video itu meraih perhatian ramai, rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan polis terbabit dan tidak kurang juga ada yang mengecam perbuatan pemandu itu.

Screenshot 2024 01 31 171659 Screenshot 2024 01 31 171721 Screenshot 2024 01 31 171731 Screenshot 2024 01 31 171809

Ini membuktikan, masih ramai lagi pegawai polis menjalankan tugas dengan penuh berhemah, selari dengan slogan anggota beruniform ini.