Tengah buat live luar mahkamah, ini reaksi Betty Banafe bila nampak Siti Bainun lalu belakang

Sehingga semalam, perbicaraan mengenai Adik Bella yang disyaki dianiaya oleh pengasas rumah Bonda iaitu Siti Bainun Ahmad Razali.
Sejak ia berlangsung, cukup ramai sekali wakil-wakil NGO, orang kenamaan serta rakan artis tampil hadir ke mahkamah termasuklah Betty Banafe untuk memberikan sokongan dan mengikuti proses tersebut.
Betty Banafe pernah tolong penghuni Rumah Bonda buat laporan polis
Sedari awal lagi, pelakon terkenal itu antara individu yang mengikuti rapat perkembangan tentang kebajikan Bella dan perbicaraan tersebut. Malah dia dulu turut tampil bantu penghuni Rumah Bonda yang lain membuat laporan polis terhadap penganiayaan yang berlaku selama ini.
Tak kira lapisan masyarakat, semua beri sokongan pada Adik Bella
Terbaru semalam Betty bersama beberapa orang rakan yang lain turut dilihat hadir ke mahkamah.
Walau bagaimanapun, artis tersebut hanya menunggu di kaki lima kerana bilangan hadirin yang dibenarkan masuk adalah terhad selain turut tertakluk kepada SOP.
Namun ketika sedang melakukan live di situ, aktres berkenaan nyata terkejut apabila tiba-tiba sahaja Siti Bainun dilihat lalu di belakangnya selepas keluar dari ruangan tersebut.
@zaitrisyaothman tak kira lapisan masyarakat…semua beri sokongan pada adik bella#justiceforbella #fyp #viral #TMJ
Saya setuju sis bela cukup-cukup supaya tak berlaku pada yang lain…Semoga kejayaan dimilik yang teraniaya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur pula dengan adegan yang tidak disangka tersebut. Dalam pada itu, ramai sekali dilihat mendoakan semoga perbicaraan berkenaan dapat berjalan dengan lancar.