“Tenang la makcik, dah macam Bella pulak yang kena tangkap basah” – Fadzil Zahari

“Tenang la makcik, dah macam Bella pulak yang kena tangkap basah” – Fadzil Zahari

 

Sedia maklum, minggu lalu, netizen mendapati ibu kepada Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza sudah tidak lagi mengikuti akaun menantunya, Bella Astillah selepas tular kontroversi ‘panas’ anak lelaki ditangkap khalwat dengan aktres, Ruhainies.

Ibu Aliff ada membuat hantaran luahan mengenai isu yang berlaku di dalam Instagram dan yakin hanya Allah SWT saja yang tahu tentang kebenarannya.

Susulan hantaran tersebut meraih perhatian ramai dan juga pihak media, kelihatan penulis skrip dan penerbit, Fadzil Zahari turut memberi meninggalkan respon mengenai luahan hati ibu penyanyi terbabit.

Dalam komen tersebut, Fadzil meminta ibu Aliff untuk kekal tenang kerana tindakannya itu seolah-olah Bella yang ditangkap khalwat bersama lelaki lain.

fazdil zahari

Komen tersebut sememangnya turut dipersetujui ramai dan merasakan ibu aktor terbabit terlalu menyebelahi anaknya hinggakan seperti mahu menuding jari pada Bella Astillah atas segala yang sudah berlaku.