“Temuduga yang tak diduga” – Tular rakaman polis tahan gadis bermotor tak pakai helmet di lampu isyarat

“Temuduga yang tak diduga” – Tular rakaman polis tahan gadis bermotor tak pakai helmet di lampu isyarat

Meskipun sudah banyak iklan serta kempen kesedaran diadakan, namun masih ramai pengguna jalan raya yang berdegil enggan memakai topi keledar ketika di jalan raya walhal ia untuk keselamatan diri juga. Apabila ditahan pihak polis, ada juga yang sering memberi alasan cuma membawa motor untuk ke kawasan berdekatan.

Sempat rakam penunggang motor tak pakai helmet…Kebetulan di lampu isyarat

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang pemuda bernama Hafiszan Ismail sempat merakam aksi seorang penunggang motosikal yang tidak memakai helmet di sebuah kawasan lampu isyarat. Ketika itu, gadis yang bertudung hitam tersebut dilihat seperti sedang berborak dengan seorang pemandu lori di sebelahnya.

Tiba-tiba kereta peronda polis ‘pancung’ dari depan…On the spot kena soal

Namun sebaik sahaja lampu bertukar hijau, tiba-tiba ada sebuah kereta peronda dan juga motosikal polis langsung ‘pancung’ di hadapannya. Ternyata nasibnya kurang baik apabila pihak berkuasa tersebut segera menyoal siasat betul-betul di simpang sama.

Temu duga yang tak diduga…Tapi dia steady time polis tu panggil, kalau aku dah menggeletar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terkejut dengan perkongsian tersebut. Selain tidak menyangka pihak polis akan terus tahan on the spot, ramai juga yang memberi nasihat untuk menjadikan kejadian tersebut sebagai satu iktibar kepada semua.

Pemakaian topi keledar masih dipandang ringan terutama menunggang/membonceng dalam jarak dekat

“Ala setakat pergi kedai dekat saja, nak buat apa pakai helmet.”

“Hantar anak sekolah, tak sampai 3km, tak payahlah pakai helmet. Panas dan berat.”

Itu antara alasan yang sering didengari mengapa penunggang termasuk pembonceng motosikal yang enggan menggunakan topi keledar. Samalah seperti mana yang diperkatakan oleh Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab yang berpendapat alasan itu sesuatu yang langsung tidak boleh diterima kerana kemalangan boleh terjadi tanpa mengira jarak perjalanan.

Mohd Sofi berkata, pemakaian alat keselamatan itu masih dipandang ringan kerana berdasarkan pemerhatiannya masih ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah tanpa memakai topi keledar, malah anak mereka turut tidak mengenakan alat tersebut.

“Kita tahu bahawa pada awal pagi dan petang iaitu masa penghantaran dan mengambil pulang anak-anak di sekolah oleh para ibu bapa, ketika inilah waktu yang sangat sibuk dan sudah tentu kebarangkalian berlaku kemalangan itu lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Tambahnya lagi, lebih mendukacitakan pula terdapat ibu bapa serta penjaga yang memakai topi keledar dengan sempurna tetapi anak yang dibonceng mereka di atas motosikal dibiarkan tanpa topi keledar. Di mana, mereka mengambil risiko amat besar dengan tidak memakaikan topi keledar kepada anak-anak kerana topi keledar adalah alat yang penting untuk mengurangkan risiko kecederaan apabila berlaku kem4langan dan hent4kan di kepala daripada menjadi lebih serius.

“Pada pandangan saya, ini merupakan satu tindakan amat dikesali kerana seolah-olah para ibu bapa juga penjaga kepada pelajar-pelajar sekolah ini mementingkan diri sendiri dan tidak mementingkan keselamatan anak-anak mereka.

“Jika bahagian di kepala ini tidak dijaga dan terdedah dengan hentakan kemungkinan besar boleh berlaku kerosakan saraf dan berisiko mengakibatkan kematian. Saya mengharapkan ibu bapa supaya sedar dan mengambil berat akan kepentingan memakai topi keledar ini terutama kepada anak-anak,” katanya.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, pada tahun lalu, daripada 6,284 pengguna yang meningg4l dunia akibat kemalangan jalan raya, 4,128 daripadanya adalah terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal. Manakala untuk tiga bulan pertama tahun ini pula, dilaporkan seramai 944 penunggang dan pembonceng meningg4l dunia akibat insiden yang sama daripada jumlah keseluruhan sebanyak 1,483 kes.

Sumber: trending sangat