Teman lelaki Tangmo Nida didakwa tahu hal sebenar, tapi pilih untuk tutup mulut?

Hari demi hari, perjuangan menuntut keadilan buat pemergian artis Thailand, Tangmo Nida seakan tinggal kata-kata kosong.
Mana tidaknya, Panida Siriyudthayothin iaitu ibu mendiang sendiri telah menerima pampasan seumur hidup dengan persetujuan menarik saman ke atas semua suspek terlibat.
Kratik kongsi bahagia hari lahir diraikan lebih awal
Dalam pada itu di TikTok, rakaman 2 suspek utama kejadian di Sungai Chao Phraya ini berseronok dalam sebuah parti nyata mengundang persoalan ramai.
Bekas PA Tangmo iaitu Kratik dilihat berkongsikan kegembiraan hari jadinya disambut lebih awal dari tarikh asal. Di sebelahnya terlihat Sand yang juga hadir ke acara tersebut.
@the_ts7 gatik bekas pengurus tangmo birthday #tangmo #justicefortangmo #fypシ #the_ts7
Suspek tenang menjalani hidup walhal perbicaraan belum temui pengakhiran
Pelaku sebenar masih belum dirungkai lagi. Siasatan dan perbicaraan juga masih berjalan di mana masing-masing sedang menantikan prosiding semakan bukti yang akan diadakan pada 22 Disember nanti.
Seakan sudah terlepas dari tuduhan walhal mereka masih lagi bertatus suspek, netizen ikut terkejut melihat betapa tenangnya Sand dan Kratik menjalani hidup.
Teman lelaki Tangmo tahu cerita sebenar, tapi memilih untuk diam?
Khabar angin terbaru melaporkan kawan-kawan rapat yang sebelum ini membela nasib Tangmo juga ada kaitan dengan jenayah terbabit.
Dalam live wanita bernama Kak Su yang sebelum ini aktif menyampaikan perkembangan berita dari Thailand, Bird iaitu teman lelaki aktres berkenaan didakwa tahu sesuatu namun memilih untuk tutup mulut.
Ini sekali gus semakin mengelirukan orang ramai yang benar-benar mahu semuanya ini berakhir.
@the_ts7 Replying to @the_ts7🍉🕊️ update terkini kes tangmo nida-update kak sue #surayaaqilafansclub🇲🇾🇲🇾🇲🇾💕💕💕tq #tangmo #justicefortangmo #fypシ
@the_ts7 tangmo new update-part 1 #surayaaqilafansclub🇲🇾🇲🇾🇲🇾💕💕💕tq #fypシ #tangmo #justicefortangmo