Teman lelaki rela batal puasa, tak sanggup lihat kekasih ‘datang bulan’ makan sendirian

Teman lelaki rela batal puasa, tak sanggup lihat kekasih ‘datang bulan’ makan sendirian

 

Sewaktu sedang kemaruk bercinta di usia yang mentah, tidak dinafikan segelintir anak-anak muda cenderung melakukan hal tidak wajar dan seakan-akan tidak tahu membezakan antara benar atau salah.

Di mata mereka, kegiatan yang dilakukan bersama sering dianggap sebagai sweet walaupun jelas-jelas ia tidak bertepatan dengan aspek keagamaan.

Mungkin itulah kata-kata yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi dalam rakaman tular di TikTok @ywd.id ini.

Seorang gadis dilihat sedang menjamu selera di sebuah warung ditemani oleh teman lelakinya pada bulan puasa.

Jelasnya ketika itu, dia juga sedang didatangi haid dan menyebabkan dirinya tidak dibolehkan melakukan rukun Iman ketiga tersebut.

Tanpa disangka-sangka, dia merasa terharu kerana pemuda tersebut sanggup membatalkan puasa kononnya demi menemaninya makan di kedai berkenaan.

Sementara teman wanitanya memesan sepinggan mi, dia cuma minum air sahaja di sana. Gadis itu juga telah menambah emoji terharu di hujung kapsyen video berkenaan.

@ywd.id

Kenapa orang baik selalu banyak cobaan ya? #ywdid #ywdmedia

♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Menjengah ke ruangan komen yang dibanjiri ribuan netizen, mereka memberikan respon berbeza-beza termasuklah rasa kurang senang dengan pemikiran lelaki tersebut.

Sejak dikongsikan 2 hari lalu, klip TikTok berdurasi 12 saat ini sudah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan daripada netizen.