Tawar pembangkang sertai MPN, Jawatankuasa Khas Covid-19, peguam ini tempelak Ismail Sabri

Tawar pembangkang sertai MPN, Jawatankuasa Khas Covid-19, peguam ini tempelak Ismail Sabri

 

“Yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua”.

Ini pesan Ke Bawah Duli Tuanku Yang diPertuan Agong dalam proses melantik Perdana Menteri yang baru susulan perletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin sebagai Perdana Menteri.

Semalam, Perdana Menteri baru membuat perutusan khas pertama selepas sah dilantik sebagai PM yang baru. Di akhir perutusan, beliau mengajak pembangkang untuk bersama :

“Justeru, saya ingin menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.”

Sebelumnya beliau berkata :

“Saya faham, kemelut politik yang melanda negara menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Oleh itu, kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan. Ini termasuklah mewujudkan kerjasama rentas parti.”

Begini saja wahai Ismail Sabri. Jika aku yang menjadi Ketua Pembangkang, jika aku berkuasa menentukan hala tuju pembangkang, aku nak sebut begini.

Sejak berakhirnya PRU14 yang menjatuhkan kamu Barisan Nasional (BN) dari tampuk kuasa, Pakatan Harapan (PH) berusaha sedaya upaya mentadbir negara sebaik mungkin.

Segala kebocoran, ketirisan, penyelewengan, salah laku, salah guna kuasa dan sebagainya yang kamu lakukan, diambil tindakan pembersihan. Diperbaiki segala kebejatan dalam pentadbiran BN sebelumnya.

Buktinya, Najib Razak didakwa sehingga setakat ini sudah didapati bersalah di dalam satu(1) pertuduhan yang sekarang di peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan. Pertuduhan lain sedang dan akan berjalan selepas ini.

Begitu juga beberapa kes salah guna kuasa dan penyelewengan lain termasuk melibatkan Presiden Umno dan beberapa pimpinan Umno lain.

Kabinet BN yang besar dikecilkan bagi menjimatkan perbelanjaan negara. Beberapa pembaharuan dilaksanakan dan dirancang akan dilaksanakan.

Belum sempat semuanya dilaksanakan seperti dirancang, kamu, ya .. kamu Ismail Sabri bersama rakan-rakan kamu yang telah kalah dalam PRU14 merancang dan menjatuhkan pilihan majoriti pengundi.

Kamu yang kalah mengambil kesempatan bersama kawan-kawan kami yang mengkhianati kami, menjatuhkan kami secara jahat.

Selama 22 bulan kamu sebagai Ketua Pembangkang, kamu tidak membantu kami sebagai pembangkang yang baik sebaliknya kamu menjatuhkan kami secara tidak bermaruah.

Kamu ambil kerajaan dan menjadi Menteri Kanan sehingga diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri bersama Mahiaddin selama 17 bulan.

Selama 17 bulan bersama Mahiaddin, kamu gagal mentadbir negara menjadi lebih baik kononnya kami tidak baik selama 22 bulan dahulu.

Selama 17 bulan kamu mentadbir berpuluh ribu rakyat Malaysia hilang pekerjaan dan hilang nyawa.

Selama 17 bulan kamu bersama Mahiaddin, kamu bukannya fokus bekerja untuk negara menyelamatkan negara dan nyawa, kamu juga merancang menjatuhkan Mahiaddin untuk kepentingan kamu. Mahiaddin itu ketua kamu, Perdana Menteri kamu, kamu jatuhkan.

Sekarang kamu menjadi Perdana Menteri. Kamu ajak semua lupakan sengketa, lupakan semua kejahatan kamu, ini masa untuk bersama. Keluarga Malaysia.

Kamu cipta kekalutan politik, kamu cipta pergeseran, kamu cipta permusuhan, kamu cipta kegagalan, sekarang kamu ajak orang bersama bantu kamu selesaikan masalah yang kamu ciptakan.

Kalau berjaya nanti kamu lah heronya. Kalau gagal? Ahhh ini pembangkang sengaja sabotaj.

Apa sial ini?

Bagi aku, bagi kami jika boleh mewakili orang lain, persetan semua permintaan kamu. Kamu bukan orang yang boleh dipercayai. Kawan sendiri pun kamu khianat. Mahiaddin pun kamu jatuhkan demi matlamat kamu dan kelompok kamu, sekarang mohon ehsan kami bantu kamu.

Sendiri buat sendiri tanggung.

Sebagai pembangkang, kami dengan cara kami. Kami yang diberikan mandat oleh pengundi dalam PRU yang lalu. Kami akan terus memberi khidmat kepada masyarakat dengan cara kami bukan bersama kamu.

Negara ini juga negara kami. Kami tak akan biarkan kamu rosakkan negara kami. Tapi kami tidak sesekali akan bersama kamu.

Kejahatan kamu, pengkhianatan kamu, akan sampai waktu diperhitungkan. Tunggu saja waktu dan ketikanya.

Selamat menjahanam kamu dan kelompok kamu.

Kamu tak menang, kami pun tak kalah.

Sumber: Zulhazmi Shariff