Tarik rambut & hampir bertamparan, Aliff Syukri & Diva AA gaduh besar di Singapura?

Tarik rambut & hampir bertamparan, Aliff Syukri & Diva AA gaduh besar di Singapura?

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba kecoh di media sosial apabila Alif Syukri dan Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bergaduh di sebuah majlis di Singapura.

Apa yang menjadi perhatian ramai ialah Aliff Syukri juga dikatakan telah menarik rambut Diva AA ketika kejadian.

Video kejadian tarik rambut itu telah dikongsikan menerusi Instagram Story pelawak, Shuk Sahar yang kemudiannya dikongsikan di Instagram Hangat.

Meninjau ke Instagram Aliff Syukri pula, usahawan itu mengatakan dia tidak mengetahui tentang kemunculan Diva AA ketika majlis di Singapura dan Aliff Syukri juga mempersoalkan mengapa pihak penganjur menjemput Azwan Ali.

8 1

Ini kerana sebelum ini, dia telah memberitahu pihak penganjur bahawa dia tidak senang dengan Azwan Ali itu.

Aliff Syukri juga mendakwa bahawa Azwan Ali yang mulakan terlebih dahulu dan dia tidak akan bertindak sedemikian jika Azwan Ali tidak mengacau kehidupannya.

Manakala Diva AA pula bengang dengan tindakan Aliff Syukri yang menarik rambutnya itu.

Namun, rata-rata warganet dilihat seperti sudah muak dengan gelagat dua invididu ini kerana ada netizen yang berpendapat pergaduhan tersebut mungkin hanyalah untuk content semata-mata.

7