Tangan gelembung teruk, wanita dakwa pihak perubatan bedung bayi terlalu kuat hingga drip tak masuk dengan betul

Tangan gelembung teruk, wanita dakwa pihak perubatan bedung bayi terlalu kuat hingga drip tak masuk dengan betul

 

Seorang bayi terpaksa dikejarkan ke pusat rawatan setelah mengalami masalah penurunan kadar oksigen dalam badan.

Namun siapa sangka setelah ditahan di pusat perubatan berkenaan, berlaku pula satu insiden lain yang tidak disangka-sangka di mana ia jelas-jelas semakin memburukkan tahap kesihatan anak kecil ini.

Pendedahan terbabit dibuat oleh wanita bernama @Yunie Yusof di laman Facebooknya sejak semalam hingga meraih ratusan jumlah perkongsian semula oleh netizen.

Difahamkan, seorang saudaranya berdepan detik getir bila mana tangan bayinya bengkak teruk gara-gara kecuaian petugas kesihatan yang bertugas waktu itu.

Kerana tindakan membedung bayi dengan terlalu ketat, mereka tidak sedar bahawa aliran cecair drip yang telah dipasang sebenarnya sedang terganggu.

Lantaran air yang tidak masuk dengan betul, tangan bayi berkenaan dipenuhi kesan merah, lebam serta menggelembung bermula dari pergelangan tangan sehingga memasuki kawasan jari-jemari.

May be an image of 1 person and hospital

Melihat keadaannya anaknya yang terpaksa menanggung keperitan akibat sikap culas pihak lain, si ibu juga menjadi susah hati.

Hingga kini, Yunie tidak mendedahkan secara tepat di manakah kejadian itu berlaku. Namun dia berharap semoga di masa akan datang, perkara sebegitu tidak terjadi di mana-mana pusat perubatan sekalipun.