Tamparan buat kerajaan PN, dari #KerajaanGagal kini hashtag #KerajaanBangsat trending no 1 di Twitter

Tamparan buat kerajaan PN, dari #KerajaanGagal kini hashtag #KerajaanBangsat trending no 1 di Twitter

Setelah #KerajaanGagal, serangan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) naik satu anak tangga lagi apabila #KerajaanBangsat pula menjadi trending menerusi aplikasi Twitter sejak semalam.

Sehingga pagi ini, lebih 23,400 pengguna aplikasi media sosial itu telah menggunakan tanda pagar itu dalam ciapan masing-masing.

Kemarahan kepada kerajaan PN melonjak apabila kes-kes baharu Covid-19 semakin meningkat walaupun PKP penuh sudah masuk ke 14 hari kedua selepas ia bermula 1 Jun lalu.

Mereka menyokong hujah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa jumlah kes baharu nampak turun tetapi ia dikelabui oleh jumlah ujian saringan Covid-19 yang juga dikurangkan.

Makian kepada kerajaan dibuat melalui penulisan dalam semua media sosial termasuk dalam Facebook oleh para pengguna Facebok yang popular.

Amran Fans misalnya turut merekodkan kemarahan orang ramai terhadap kerajaan dan sasaran utama adalah kementerian yang mengendalikan kebenaran untuk beroperasi ketika PKP Penuh iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Bercakap soal PN, rasanya dah tak ada lagi kata-kata yang baik.

“Untuk Amran sendiri, suka Amran mulakan dengan PU****K. Belum ada lagi mana-mana kerajaan dalam Malaysia berperangai sebangsat ni.

“Kau bayangkan lah, dah berbulan data tunjuk bahawa kluster banyak berlaku dekat kilang-kilang, tapi apa tindakan kerajaan?  Buat pekak.

“Kilang-kilang masih beroperasi. Tapi rakyat marhaen yang kerja servis aircond, buka kedai printing, buka kedai buku, buka carwash, buka kedai komputer, semua tak dibenarkan beroperasi. Katanya non esenSIAL. Non EsenSIAL kepala bapak kau,” tulis Amran menerusi facebook beliau yang mendapat lebih 1400 perkongsian, di samping lebih 1400 komen dan hampir 10,000 tanda suka.

Bagi beliau, peristiwa ramainya rakyat negara ini yang membunuh diri sebagaimana yang diakui oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri memberikan gambaran tekanan kepada rakyat negara ini.

“Kau tau tak dekat luar sana tu berapa ramai yang dah mati bunuh diri? kau lagi nak suruh rakyat ni serah tengkuk untuk dijerut oleh Ah Long.

“Kita rakyat ni boleh faham kalau kerajaan betul-betul dah usaha habis baik.

“Tapi masalahnya korang banyak main! Kau berpolitik tah habis-habis. Suka lengahkan masa sebab takut kalau parlimen bukak nanti korang hilang jawatan! Ada kau fikir apa yang rakyat ni hadap setiap hari?

“Serius Amran cakap, kerajaan PN ni kerajaan bangsat. Kerajaan Gagal!

“#MenangBersama kepala bapak kau!” tulis Amran marah merujuk kepada slogan yang digunakan oleh kerajaan PN dalam menghadapi Covid-19 iaitu Menang Bersama.

Selain di dinding masing-masing, luahan perasaan juga dihamburkan di dinding laman Facebook milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), walaupun selama ini KKM menjadi sandaran harapan rakyat.

Apabila KKM memaklumkan, 21 kluster baharu #Covid-19 dilaporkan semalam dan 18 daripadanya adalah kluster tempat kerja, orang ramai meluahkan perasaan kesal mereka.

Tutup kilang, tutup kilang diulang-ulang oleh para netizen dalam komen-komen mereka menerusi FB KKM itu.

Sumber: Malaysiadateline