Taman Tema bertaraf dunia di Melaka dijangka siap menjelang 2026, lebih besar dari Genting Highlands

Taman Tema bertaraf dunia di Melaka dijangka siap menjelang 2026, lebih besar dari Genting Highlands

 

Di Malaysia, banyak taman tema yang dibuka dan Genting Sky Worlds antara taman tema terbesar. Bahkan sebelum pembukaan secara rasmi sahaja sudah menarik ramai pengunjung ke sana.

Difahamkan, taman tema bertaraf dunia bakal dibina di Melaka dan dijangka akan siap pada tahun 2026. Pembinaan taman tema dengan nilai pelaburan RM1.5 bilion dijangka menarik 5 juta pengunjung setiap tahun.

Menurut Exco Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, taman tema itu akan menyaingi taman tema Genting Highland dengan keluasan 14.56 hektar.

Tambahnya, perkembangan pembinaan taman tema tersebut dapat dilihat dalam tempoh 4 tahun dari sekarang di Pulau Satu (PME1) Melaka Gateway. Projek itu akan dimulakan dengan dengan pembinaan Terminal Kapal Pelayaran Antarabangsa (MICT) yang dijangka bakal siap dalam tempoh 15 bulan.