Takut nama ustaz & ustazah tercemar, PU Amin gesa Ustazah Afifah henti kongsi info tak sahih

Takut nama ustaz & ustazah tercemar, PU Amin gesa Ustazah Afifah henti kongsi info tak sahih

 

Nampak gayanya penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah ‘kebal’ dengan netizen biarpun tidak henti menerima kecaman selepas satu persatu kontroversi timbul.

Jaga tutur kata

@ustazamirulamin

Ya Allah jauhkan kami dari kejahilan dan kerosakan. Tolong jaga agama ini. Jangan rosak kan agama yang mulia ini.

♬ Sad Music – Max-Music

Terbaharu, Siti Afifah mengupas mengenai pengambilan ubat tahan sakit yang didakwa haram. Dakwa Siti Afifah, amalan dan doa seseorang itu tidak akan diterima oleh Allah SWT sekiranya sesuatu benda haram masuk ke dalam tubuh badan mereka.

Bukan sahaja pengguna media sosial keliru mendengar, bahkan Pencetus Umah (PU) Amin juga pening kepala selepas menonton video yang berdurasi dua minit empat saat itu.

Menerusi video di TikTok, Amin menasihati Siti Afifah untuk tidak berkongsi maklumat yang mengelirukan sehingga boleh menimbulkan perbalahan dalam kalangan umat Islam.

Macam mana pula makan ubat tahan sakit boleh masuk api neraka? Lepas itu amalan pula tak diterima 40 hari? Habis itu, amalan hari ke 41 dan seterusnya macam mana pula?

Tolong sangat kalau nak jadi orang yang mempengaruhi, tolong jangan buat perkara boleh mengelirukan. Buat perkara yang boleh jadi perbalahan.

Petanda akhir zaman

Selain itu, Amin, 32, mengingatkan Siti Afifah untuk menjaga gelaran dan imej guru agama bagi mengelakkan dipandang rendah.

Kongsikan maklumat dengan fakta yang tepat. Takut nama ustaz dan ustazah itu tercemar. Hari ini kita nak pulihkan imej agama kita. Hari ini kita nak tegakkan shia agama kita. Jangan jadi orang yang boleh menyebabkan agama ini terbantut.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyatakan perbuatan Siti Afifah menunjukkan petanda dunia sudah akhir zaman.

Tolong kawal diri, tolong jaga peribadi. Pelihara diri kita daripada bercakap bukan-bukan dan perihal yang tidak tahu. Ini juga antara petanda-petanda akhir zaman di mana kita nak cakap semua benda sehinggakan agama tercemar.