Tak wajar kaitkan pihak lain dalam isu AWAN Teluk Intan

Tak wajar kaitkan pihak lain dalam isu AWAN Teluk Intan

Tindakan pihak yang mengaitkan isu Angkatan Wanita (AWAN) Teluk Intan berkenaan kes kekecohan yang berlaku baru-baru ini tidak wajar dikaitkan dengan orang lain yang tidak ada kena-mengena dalam isu tersebut.

Kenyataan itu disampaikan oleh seorang sumber yang meminta agar isu ini diselesaikan secara baik dan menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti mana yang diminta oleh Amanah Nasional.

Tindakan mengheret individu yang tidak mempunyai kaitan dalam kes ini akan membawa persepsi yang tidak baik kepada individu berkenaan.

“Isu ini adalah isu dalaman, dan memang dari awal ia sepatutnya diselesaikan secara baik tetapi disebabkan tindakan luar kawalan mungkin ia menjadi tumpuan ramai”

“Cuma apabila dikaitkan dengan orang yang tidak berkaitan dengan isu ini, timbul persepsi lain yang boleh menjejaskan nama orang-orang berkenaan”’, katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu sumber juga meminta agar semua maklumat yang menjadi kerahsiaan parti tidak didedahkan kepada umum supaya ia dapat diselesaikan secara baik.

Walau bagaimanapun, sumber tidak menamakan dirinya mewakili mana-mana pihak dan hanya memberi nasihat atas tanggungjawab sebagai ahli parti.

Terdahulu berlaku kekecohan melibatkan Naib Ketua AWAN Teluk Intan, Zulaiha Mohd Azam dan seorang staf Pejabat Amanah Perak semasa berlangsungnya prosiding siasatan kes pendaftaran cawangan palsu oleh Jawatankuasa Siasatan Amanah Nasional.