“Tak terungkap kata-kata..” – Kim Pan-gon sebak gambarkan keadaan Faisal Halim

“Tak terungkap kata-kata..” – Kim Pan-gon sebak gambarkan keadaan Faisal Halim

 

Tragedi disimbah asid yang menimpa pemain sensasi Selangor FC, Faisal Halim ternyata memberi kesan mendalam terhadap arena bola sepak negara.

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dalam satu video yang tersebar di TikTok, dilihat sebak apabila ditanya wartawan berkenaan pertemuan singkatnya dengan Faisal di hospital baru-baru ini.

Dalam video itu, Pan-gon mengatakan yang dia sukar menerima kenyataan selepas melihat keadaan Faisal yang melecur tahap empat sehingga terpaksa menjalani pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital pada Sabtu lepas.

Kejadian itu adalah satu perkara yang sukar untuk dilupakan. Bukan mudah untuk saya melihat Faisal (dari luar bilik) dalam kesakitan seperti itu dan tiada kata-kata yang boleh saya ungkapkan penderitaan ditanggung Faisal.

“Ketika melawatnya, saya tidak dapat melihat wajah dan badannya (secara dekat) kerana dalam keadaan yang kurang baik dan kami juga tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain,” kata Pan-gon.

@harimaumalayaeditz

kim pan gon berasa sebak apabila bercerita keadaan Faisal Halim 😥#prayforfaisalhalim #harimaumalaya🐯 #fyp #viral

♬ Fire On Fire – Sam Smith

Menurut Kosmo, Pan-gon juga berpendapat bola sepak sepatutnya menjadi sukan yang selamat dan pemain juga perlu dilindungi daripada sebarang bahaya.

Video berkenaan mendapat pelbagai respon daripada netizen yang turut sebak melihat ketua jurulatih tersebut dan berharap agar pelaku kes simbah asid itu dihadapkan ke muka pengadilan secepatnya.

Faisal Halims