Tak serius jalin hubungan cinta, YouTuber maut ditikam teman wanita

Tak serius jalin hubungan cinta, YouTuber maut ditikam teman wanita

Gara-gara sakit hati dipermainkan mangsa, seorang gadis Aisyah Alfika bertindak membunuh kekasihnya seorang YouTuber yang popular di Sulawesi Selatan, Ari Pratama pada awal pagi Jumaat lalu.

Menurut laporan Detik News, suspek yang berusia 19 tahun itu mengaku melakukan pembunuhan kejam tersebut di Wisma Topaz di Panakukang selepas lama merancang kejadian berkenaan.

Difahamkan, mereka telah menjalin hubungan cinta selama tujuh bulan selepas berkenalan di Instagram. Namun mangsa yang berusia 20 tahun meminta putus sebelum suspek berpura-pura kononnya hamil.

“Apabila bertemu, mereka mengadakan hubungan intim. Selepas beberapa kali melakukan hubungan intim, mangsa mengatakan dia tidak serius menjalin hubungan dengan suspek.
“Disebabkan pengakuan itu, suspek merancang mengajak mangsa bertemu di wisma tersebut dengan membawa pisau dapur dari rumahnya,” kata jurucakap polis Panakkukang, Ahmad Halim.

Malah ketika Ari leka, suspek kemudiannya terus menikam dada mangsa berulang kali bagi melepaskan kemarahan selain perasaan dendam kerana sakit hati.

Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek yang panik berlari keluar dari bilik dan ke hulur ke hilir dengan pisau terselit di belakang pinggang selepas menikam mangsa.

Tonton sedutan video:

Mangsa yang cedera dilihat sempat meminta bantuan kakitangan di kaunter hadapan, namun disahkan meninggal dunia sebelum menerima rawatan.

Sumber: BD, Detik News , Oke News