“Saya dah tak sayang daddy lagi” – Pengakuan anak Fazura tarik perhatian ramai

“Saya dah tak sayang daddy lagi” – Pengakuan anak Fazura tarik perhatian ramai

 

“Saya dah tak sayang daddy lagi” – Pengakuan anak Fazura tarik perhatian ramai

Pengakuan jujur Nur Fatima Aisyah yang sudah tidak sayangkan bapanya iaitu pelakon popular, Fattah Amin menarik perhatian ramai apabila klip video itu dikongsi di platform TikTok.

Dalam video itu, ibunya yang juga pelakon, Nur Fazura bertanya kepada Fatima kenapa menangis bagi menjawab komen pertanyaan sewaktu mengadakan sesi siaran langsung di media sosial.

Jawapan Fatima agak mengejutkan apabila kanak-kanak itu mengakui sudah tidak sayang bapanya dan enggan bertemunya lagi.

“Saya tak nak ‘daddy’, saya dah tak sayang daddy lagi,” katanya sambil menggelengkan kepala.

Fazura bertanya kenapa anaknya cakap begitu sebelum menegur Fatima tidak boleh bercakap sedemikian.

Sejurus itu, dia kembali menyambung sesi siaran langsung berkenaan.

“Fatima tak boleh cakap macam tu,” katanya.

@syuhadaalis

semoga ad keajaiban kembali bersama semula demi ank 🥹 sedih sngt bila seorang ank wak keluor ayt tu ..dia mcm terluka dgn keadaan #fazuralovers #fyp #masyaallahtabarakkallah

♬ original sound – SYUHADA ALIS – SYUHADA ALIS

Maklum balas netizen bercampur baur di mana ada yang kurang setuju dan pada masa sama membela Fazura atas insiden spontan reaksi Fatima.

“Fatima kata dah tak sayang ‘daddy’, kenapa tunjuk kat orang?” antara komen itu.

Bagaimanapun, segelintir netizen percaya jawapan Fatima itu atas kejujurannya sendiri dan bukan diajar Fazura.

Fazura dan Fattah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 7 Oktober tahun lalu.

Hak penjagaan penuh Fatima diberikan kepada Fazura, manakala Fattah diberikan hak sebanyak dua kali dalam sebulan untuk bermalam dan tiga kali seminggu bagi lawatan harian.

Keputusan itu diselesaikan secara baik menerusi prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 12 November tahun lalu.