‘Tak sampai seminggu kahwin, suami lafaz cerai’

‘Tak sampai seminggu kahwin, suami lafaz cerai’

 

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti akan melalui fasa pelbagai fasa dalam berumahtangga termasuklah perselisihan faham dan sebagainya. Oleh hal demikian, sikap saling memahami dan bertolak ansur merupakan antara kunci penyelesaian sesuatu masalah.

Tetapi kali ini berbeza pula kisah yang dilalui seorang wanita ini apabila suaminya telah meninggalkan rumah tanpa sepatah kata.

Diceraikan lepas seminggu nikah

Memetik kisah yang dikongsikan seorang peguam di TikTok, pasangan suami isteri ini baru seminggu berkahwin selepas berkenalan menerusi media sosial. Namun siapa sangka, mereka akhirnya berpisah. Lebih mengejutkan apabila si isteri langsung tidak tahu bahawa suaminya telah melafazkan talak terhadapnya sehinggalah pada suatu hari wanita tersebut menerima notis dari mahkamah untuk urusan perbicaraan mereka.

Pasangan pengantin baru datang ke mahkamah untuk buat pengesahan cerai. Kahwin tak sampai seminggu, suami lafaz cerai.

Rupa-rupanya si suami telah menjatuhkan talak di hadapan kawan-kawannya tanpa pengetahuan si isteri. Bukan itu sahaja, lelaki itu juga tidak berterus terang kepada si isteri mengenai punca dia berbuat demikian. Meskipun pahit untuk ditelah, tetapi itulah yang terpaksa dilalui wanita ini.

Tak sampai seminggu kahwin, suami keluar dari rumah kelamin tanpa penjelasan kepada isteri. Rupanya suami telah lafaz di hadapan kawan. Isteri hanya tahu diceraikan apabila sampai notis dari mahkamah untuk perbicaraan.

‘Tiba-tiba diceraikan begitu’

Peguam berkenaan berpendapat tindakan si suami menceraikan isteri dengan cara begini adalah satu perbuatan yang keji. Jelasnya lagi, biar apa pun alasan, keburukan atau kelemahan si isteri, si suami tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

Isteri yang tidak baik pun mesti dilepaskan dengan cara yang baik, apatah lagi isteri yang baik. Yang baru dikahwini, tidak tahu apa salahnya, tiba-tiba diceraikan begitu.

Baru kahwin tak sampai seminggu terlalu jauh lagi untuk mencapai keserasian. Tak salah kalau buka peluang untuk perbaiki kelemahan. Paling tidak ceraikan dengan cara baik seperti mana ambil dia dahulu. Buat baik bukan kerana kita baik tapi kerana jahat itu bukan pilihan.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir netizen tertanya-tanya apakah yang difikirkan lelaki itu sehingga tergamak menceraikan si isteri di awal perkahwinan mereka selain. Malah mereka juga berpendapat kemungkinan lelaki terbabit sendiri tidak tahu apa tujuan atau niat sebenar dia mendirikan rumah tangga.

Respon netizen

Video